As Salam pd semua readers yg mengunjungi blog sy ni..
terima kasih yang xterhingga kerana sudi melawati blog sy..=)
harini xde gmbr yg mahu sy kongsikan..cme beberapa tips sbg panduan anda semua yg sy kre perlu utk anda mengetahuinya ketika ingin membeli fabrik utk tempahan baju...tidak kira apa jua fesyen baju yg ingin anda gayakan...semua org pasti jika menjual atau membeli fabrik utk membuat sepasang baju dewasa, sbg contoh, pasti akan membeli 4 meter kain...sebenarnya ada perkara2 yang perlu diambil kre sblm anda membeli jumlah sesuatu fabrik..
Yang pertama yang perlu anda ambil kira ialah kelebaran bidang kain..mmg kebanyakkan kedai kain akan menjual kain yang berbidang 45inci atau pun 60inci..tapi sbnrnya ada jenis2 fabrik yang dijual kurang dari 45inci..oleh itu..anda harus memastikan (bertanya dgn pemotong kain) berapa kelebaran bidang kain yg ingin anda beli sebelum anda meminta jumlah kain utk dipotong...secara standardnya..kain berkelebaran 45inci cukup2 sahaja untuk sepasang baju dewasa bersaiz, S, M dan L pada jumlah 4 meter..tapi jika bidang kain tersebut kurang dari 45inci, maka akan terdapat sedikit kesukaran pada tukang jahit utk menentukan cara mengukur terbaik untuk kain tersebut dijadikan sepasang baju..silap hari bulan.. si tukang jahit akan menelefon anda untuk meminta tambahan fabrik..;P..anda pasti tidak mahu keadaan ini berlaku yang mne pasti akan menyukarkan anda jugakan..;)..maka, untuk kain yang berkelebaran kurang dari 45inci..sebaik2nya..beli lebih 1/2 meter dari kebiasaannya...
Yang kedua ialah corak fabrik...tapi biasanya, ini tidak menjadi mslh yg ketara pada situkang jahit kecuali jika si pemakai berbadan besar dan tinggi..ini kerana..bagi fabrik bercorak menegak..untuk potongan baju kurung...cara terbaik utk mengambil potongan adalah dgn mencantumkan kain pada bahagian bahu..faktor ini akan menyebabkan penggunaan fabrik yang lebih..jika tidak berhati2...si tukang jahit pasti pening kepala untuk memastikan kain yg diberi cukup untuk dijadikan sepasang baju..apatah lagi jika faktor ini digabungkan dgn faktor diatas (bidang kain kecil)...mau saje si tukang jait lipat dan simpan semula kain yg hendak digunting..hehehe..;P..berlainan pula jika corak kain yg dibeli adalah plain ataupun tidak sekata (berterabur)..ini yang paling memudahkan tugas si tukang jahit...;)..
ok..sampai sini je tips yg terfikir utk sy kongsikan kali ni..harap ianya berguna utk anda semua...till then..jumpa lg next entry...daaa..=)..
ok..sampai sini je tips yg terfikir utk sy kongsikan kali ni..harap ianya berguna utk anda semua...till then..jumpa lg next entry...daaa..=)..